KEWUJUDAN ALAM SEMESTA
Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat
berikut;
Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An'aam:101.
Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang
sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari.
Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah
bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa,
telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika
masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan
bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu
produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden
percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling
rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal
kewujudan alam semesta.
Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda
yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga
atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik,
semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru
diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan
dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.
PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA
Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan
tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam
semesta telah diterangkan seperti berikut;
"
Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya
Kami benar-benar meluaskannya." (Surah az-Dzariyat; 47)
Edwin Hubble
Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan
dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan
cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk
maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat
mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak
kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.
Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam
dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik)
dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan
pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi
moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud
dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.
Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander
Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat
pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan
pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.
Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang
dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi
Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan
teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi
bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah
alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak
menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam
semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya
mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan.
Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini
masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana
Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi
seluruh alam semesta.
PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI
Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai
berikut.ayat.
"dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit
dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit
penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada
air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka
tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)
Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit yang bermaksud 'dikumpul
bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk
merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh.
Frasa 'Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa
arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan
membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang
tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.
Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan
menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut,
langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq.
Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang
satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama
fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi
semua material alam semesta.
Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang
masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal
ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu
letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses
ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita
membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur'an di atas dengan
penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam
keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup
menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad
ke 20.
ORBIT
Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an,
ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan
orbit tertentu;
Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap
mereka berenang di falak (tempat peredarannya) . (Surah al-Anbiya;
33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan
objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;
Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan
yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)
Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui
pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan
pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar
selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit
tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak
sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan
matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan
sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada
jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta
adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.
Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan
orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat; 7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang
mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari
bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari
planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak
menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun,
semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan
dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya,
bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit
yang telah ditentukan untuk mereka.
Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh
jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi
yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah
ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit
ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.
Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak
mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi
pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa,
dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan
hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan
secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan
orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal
ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang
diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam
Tuhan.
BENTUK SFERA BUMI
"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan
malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam... (Surah
Az-Zumar:5)
Dalam Al-Qur'an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam
semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai 'membalut'
dalam ayat di atas adalah 'takwir', dan dalam bahasa inggeris, ia
bermakud 'menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit
sebagai satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus
arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu
mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai serban.
Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang
membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat
mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar
sekiranya bumi adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam
Al-Qur'an, yang diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di
disebutkan secara kiasan di dalamnya.
Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai
astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu
difikirkan bahawa bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan
saintifk dan penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur'an
bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa
abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan,
perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan
mengenai alam smesta.
BUMBUNG PROTEKTIF.
Dalam Al-Qur'an, Tuhan menarik perhatian kita kepada ciri-ciri yang
sangat mengagumkan di atas langit;
Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka
berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.
(Surah al-Anbiya; 32)
Sifat istimewa langit ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik
yang dijalankan pada abad ke 20 ini.
Ruang atmosefera yang mengelilingi bumi sebenarnya menjalankan
fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan kehidupan untuk wujud.
Ketika memusnahkan meteor-meteor besar dan kecil ketika mendekati
bumi, ia menghalangnya dari jatuh ke dalam bumi dan dari
membahayakan makhluk hidupan.
Sebagai tambahan, atmosfera menapis sinaran yang datang dari luar
angkasa yang sangat membahayakan kepada hidupan. Apa yang menariknya,
atmosfera menelap sinaran yang berguna dan berfaedah- cahaya nampak,
tak nampak dan gelombang radio - untuk menembusinya. Semua jenis
radiasi ini adalah sangat penting kepada kehidupan. Cahaya nampak,
yang sebahagiannya dibenarkan menembusi dalam atmosfera adalah
sangat diperlukan untuk menjalankan proses fotosintesis dalam
tumbuhan yang membantu mengekalkan makhluk hidupan. Kebanyakan
sinaran ultra violet dengan keamatan tinggi yang dipancarkan oleh
matahari di telap keluar oleh lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya
membataskan -dan yang paling penting- bahagian kecil dalam spektrom
ultra violet untuk mencecah permukaan bumi.
Fungsi protefktif atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera juga
melindungi bumi dari kesan pembekuan dari luar angkasa, dengan suhu
lebih kurang -270 darjah centigrade.
Sebenarnya atmosfera tidak bersendirian dalam menjalankan fungsi
perlindungan kepada bumi. Sebagai tambahan kepada atmosfera, Jalur
Allan Velt, lapisan yang dihasilkan oleh medan magnet bumi, juga
berfungsi sebagai perlindungan menentang radiasi yang merbahaya yang
mengancam planet kita. Radiasi merbahaya ini, yang secara berterusan
dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain berpotensi
membawa maut kepada makhluk hidupan. Sekiranya Jalur Van Allan tidak
wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan
solar (solar flares) yang kerap terjadi di matahari akan
menghancurkan semua kehidupan dalam dunia.
Dr Hugh Ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur Van Allen
kepada kehidupan;
Sebenarnya, bumi mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding
sebarang planet dalam sistem solar kita. Teras besar nikal-besi ini
bertanggungjawab untuk medan magnet gergasi kita. Medan magnet ini
menghasilkan perisai radiasi Van Allen yang melindungi bumi dari
pengeboman radiasi. Sekiranya perisai ini tidak wujud, kehidupan
tidak mungkin berada di bumi. Satu-satunya planet berbatu yang
mempunyai medan magnet ialah Utarid- tetapi kekuatan medannya 100
kali lebih kecil berbanding medan magnet bumi, bahkan Zuhrah,
saudara planet kita, tidak mempunyai sebarang medan magnet. Perisai
radiasi Van Allen adalah satu rekaan yang unik kepada bumi.
Tenaga yang dipancarkan dari salah satu pembakaran yang dikesan
baru-baru ini telah dikira dan dipastikan adalah bersamaan dengan
100 juta kali ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima!!. 58 jam
selepas letupan ini, jarum kompas magnetik diperhatikan menunjukkan
pergerakan yang luar biasa dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi,
suhu jatuh mendadak kepada 2500 darjah selsius.
Ringkasnya, sebuah sistem yang sempurna sedang bekerja di luar
permukaan bumi. Ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari
ancaman luar. Saintis hanya menyedari hal ini beberapa tahun lalu.
Tetapi Tuhan telah menerangkan kepada kita dalam Al-Qur'an mengenai
atmosfera bumi yang berfungsi sebagai perisai pelindung 14 abad lalu.
PENGITARAN DI ATAS LANGIT.
Ayat ke 11 dalam surah at-Tariq, merujuk kepada fungsi 'pembalikan'
langit;
Demi langit yang mempunyai (sistem) pengitaran. Surat at-Tariq;11.
Perkataan yang ditafsirkan sebagai 'kitaran' dalam penerjemahan Al-Qur'an
juga bermaksud 'menghantar balik' atau 'pengembalian' .
Seperti yang diketahui, atmosfera yang mengelilingi bumi mengandungi
beberapa lapisan. Setiap lapisan memberikan tujuan penting bagi
faedah kehidupan. Kajian telah menunjukkan bahawa semua lapisan ini
menjalankan fungsi pemantulan material atau sinaran yang bergerak ke
arahnya keluar semula ke luar angkasa atau turun kembali ke bumi.
Sekarang kita akan meneliiti beberapa contoh fungsi 'pengitaran'
yang dimainkan oleh lapisan-lapisan yang mengelilingi ruang langit
bumi.
Troposfera, setinggi 13 hingga 15 kilometer di atas permukaan bumi
membantu mengkondensasikan wap air yang naik ke udara dari permukaan
bumi sebagai titisan hujan.
Lapisan ozon, pada ketinggian 25 kilometer, memancarkan semula
sinaran merbahaya dan cahaya ultra violet yang datang dari luar
angkasa kembali ke luar.
Lapisan ionosfera memancarkan liputan gelombang radio dari bumi
kembali ke bahagian lain dalam bumi, sama seperti komunikasi satelit
pasif, yang menyebabkan komunikasi tanpa wayar, radio dan siaran
liputan televisyen dapat dilakukan untuk jarak yang lebih jauh.
Lapisan magnetosfera pula berfungsi mengembalikan zarah radioaktif
merbahaya yang dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain
kembali semula ke angkasa lepas sebelum sampai ke bumi.
Fakta mengenai sifat-sifat lapisan-lapisan atmosfera, yang baru
diketahui baru-baru ini telah diumumkan berabad lamanya dalam Al-Qur'an,
sekali lagi menunjukan bahawa Al-Qur'an sebenarnya adalah kata-kata
Maha Suci Allah.
LAPISAN ATMOSFERA
Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur'an bahawa alam semesta
ini mempunyai 7 lapisan;
Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan
Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit.
Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah al-Baqarah; 29)
Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia
mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit
yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami
memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha
Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Surah Fusilat; 12)
Perkatan 'langit-langit' , yang mana banyak di sebut di dalam ayat
Al-Qur'an merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga
seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di
bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.
Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri
daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu
sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur'an
secara tepat.
Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini
digambarkan seperti berikut;
Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada
beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal
berdasarkan tekanan atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera
yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang
mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala
lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti
dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku,
kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari
sebahagian gas ionyang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling
luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.
Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan
mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti
yang disebutkan dalam Al-Qur'an.
Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini 'Dia
mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya' di dalam surah Fusilat
ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa
Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan
fungsi tertentu. Kebenaran ini telah dilihat di bahagian pertama
tadi, setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan
hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan
mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan
sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan
dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor
yang memusnahkan.
Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah
dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;
Atmosfera bumi mempunyai 7 lapisan. Lapisan yang paling rendah
dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di
troposfera.
Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat
diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang
telah nyata disebut dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu