Make your own free website on Tripod.com
Peluang Perniagaan Baru

Pada masa sekarang telah dijalankan orang berbagai jenis perniagaan disana sini. Bagi yang baru hendak memulakan perniagaan, jenis perniagaan hendaklah sesuai dengan tempatnya supaya dapat maju dan berjaya.

Sehubungan itu saya menawarkan sekeping tanah yang sesuai untuk perniagaan restoran antarabangsa, medan selera atau pun yang berkaitan tambatan bot seperti pengkalan bot tambang, setesen memancing kelaut  atau pengkalan servis bot. Bagaimana pun  jika ada modal yang mencukupi boleh juga dijalankan kesemuanya sekali dalam satu masa.

Kedudukan tanah ini memanjang ditebing Sg Kedah disebelah Taman Bunga MPKS yang sedia ada restoran Pak Da. Luas tanah ini 5 relong atau 3.25 ekar. Terdapat jalan masuk bertar hingga kehujung dan sekiranya perlu dibahagikan kepada bahagian yang lebih kecil pihak tuan tanah bersedia untuk memecahkan kepada 3 bahagian dengan keluasan lebih kurang 1 ekar setiap bahagian.

Selaras dengan perancangan Kerajaan Negeri Kedah dalam memajukan Sungai Kedah untuk menarik pelancong dalam dan luar Negara, Menteri Besar Kedah telah pun mengistiharkan Kuala Kedah sebagai Pelabuhan Antarabangsa Perahu Layar, maka peluang seperti ini datang sekali dalam seumur hidup.

Sekiranya anda berminat sila telefon :

Ahmad Zubir :  019-4655829, 04-7315524 (R), 04-7335929 (P)

E-Mail : azubir@streamyx.com 

 

Link

Pekan Rabu Alor Setar