Make your own free website on Tripod.com

Cerita Pak Din Hilang Di Luar Negara

Mudah2an Allah melindungi sdra kita itu dari segala marabahaya dan kesusahan di negara orang yang tidak diketahui. Bersamalah kita berdoa semoga dia diberi kekuatan oleh Allah bagi menghadapi segala dugaan.

Kejadian bermula dengan pakdin telah menerima pelawaan abang iparnya bernama Bang Mat untuk menjadi penghantar barang keluar negeri. Hanya sekali sahaja katanya, balik ni dia takmau buat kerja apa dah dah dapat duit banyak.

Pada bulan November 2007 dia telah diberi wang untuk memohon paspot antarabangsa di pejabat Imigresen Pulau Pinang. Besoknya dia telah dibawa ke Singapura melalui Johor Baru menaiki flight ke Sao Paolo, Brazil.

Dia dijadualkan menerima barang di sana untuk dibawa ke Amsterdam dalam penerbangan melalui Frankfurt. Sebelum berlepas dari Sao Paolo dia telah menalipon isterinya Mazlipah (Mas) memberitahu dia akan membuat penerbangan ke Amsterdam dua hari lagi dan akan pulang ke Malaysia dalam masa seminggu.

Selepas itu dia tidak dapat dihubungi sehingga hari ini.

Sebagai seorang abang, abang bet telah berusaha menghubungi Mas bertanya kabar Pak Din ni sejak raya tahun lepas lagi. Dia mengelak dengan berbagai alasan mengatakan Pak Din kerja dengan abang dia dan tak bawa benda salah. Bagaimana pun abang bet tak sedap hati akhirnya  setelah tiga kali pi rumah dia barulah dapat cerita seperti diatas.

Bagaimana pun abang dan bangcik telah menghubungi Kementerian Luar Negeri masa itu Setiausaha Parlimennya adalah MP Pokok Sena Dato' Abd Rahman Ibrahim memohon bantuan. Kami telah menulis surat dan berhubung dengan Wisma Putra, Bahagian Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.

Pihak Imigresen telah menjawab bahawa pihaknya tidak dapat membantu kerana tiada rekod keluar masuk bagi negara yang disebutkan.

Pihak Wisma Putra telah menjawab akan menyiasat. Pihak Jabatan Veteran tidak menjawab langsung.

Abang telah menulis e-mail kepada kedutaan Malaysia di Brazil, Netherland dan German dan telah dijawab bahawa nama Pak Din tidak terdapat dalam senarai pihak berkuasa tempatan.

Akan dikemaskini......... Wassalam.

Selalulah lawat laman ini untuk mengetahui perkembangan terkini.

Abang Bet 13 Sept 2008

Surat kepada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia

Surat kepada Ketua Setiausaha Wisma Putra

Dibawah ini adalah dokumen pengenalan yang ada pada saya