Meskipun ilmu pengetahuan telah tersebar luas dikalangan masyarakat
Islam dan fikiran umat Islam telah terbuka, namun tidak dapat
dinafikan bahawa kesamaran serta syubhat ke atas Syiekh Muhammad Abdul
Wahab (SMAW) masih lagi bersarang di dalam fikiran sesetengah umat
Islam. Mereka terkeliru dengan dusta-dusta dan fitnah-fitnah yang
dilemparkan oleh orang-orang yang mempunyai tujuan tertentu ke atas
SMAW.
Kekaburan itu menjadi
bertambah kelam apabila cerita-cerita sebenar mengenai SMAW tidak
sampai kepada mereka dan ketidakmampuan mereka dalam menilai sesuatu
syubhat itu dengan berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Mereka dimomokkan dengan
fitnah-fitnah yang menakutkan tentang SMAW sedangkan beliau telah
bertungkus lumus di dalam memperjuangkan Aqidah yang sahih, syariat
yang sejahtera dan akhlak yang mulia dengan membersihkannya daripada
perkara perkara bid’ah dan kurafat yang mencarikkan kesucian Islam itu
sendiri.
Keadaan mereka menjadi
bertambah parah dengan sebab sikap ta’sub dan taqlid buta mereka.
Lantas sikap toleransi dan berfikiran terbuka tidak wujud pada diri
mereka bagi mendengar serta meneliti kebenaran perjuangan dakwah SMAW.
Maka terjadilah segala fitnah fitnah dan syubhat mengenai SMAW itu
seperti fatamorgana yang beralun alun di padang pasir tatkala panas
terik sedangkan apabila dihampirinya tidak ada satu apa pun yang
didapatinya.
Andaikata seseorang itu
mempunyai akal yang bersih daripada syubhat syubhat tersebut serta
cintakan kebenaran nescaya beliau akan mendapati bahawa tuduhan
terhadap SMAW itu adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Oleh itu kita berharap
kepada saudara saudara sekalian agar berfikiran terbuka, bebas
daripada bersikap jumud dan permusuhan, sentiasa berpandukan kepada
Al-Quran dan As-Sunnah di dalam meneliti perbahasan bab ini serta
sentiasa mempunyai sikap ingin tahukan kebenaran.
Kertas kerja ini adalah
langkah asas bagi memperkenalkan kepada masyarakat Islam tentang SMAW
dan dakwahnya serta sekaligus menghapuskan fitnah fitnah terhadapnya.
Di dalam kertas kerja ini
juga kita akan membicarakan syubhat dan fitnah yang dilemparkan kepada
beliau, dimana perbahasannya adalah berkisar disekitar tiga perkara.
Dengan kata lain sekiranya kita meneliti terhadap fitnah fitnah itu
hanya berlengkar sekitar tiga perkara, iaitu:-
Berkenaan Tauhid
Uluhiyyah dan furu’nya seperti Istighatah, berdamping kepada yang
selain daripada Allah, nazar, sembelih, bersumpah dengan makhluk dan
sebagainya. Berkenaan Tauhid Al Asma’ was Sifaat. Ingkarnya terhadap
bi’aah bi’aah mauled, tarikat sufiah dan adat adat yang diada adakan
yang menghina agama Islam itu sendiri.
MOHAMMAD ABDUL QADEER ALMANDEELY
Pejabat Am Hal Ehwal Agama Dan Masjid Al Haram
Makkah Al Mukaramah.
10 Julai 1994
Sejarah Ringkas Syeikh Muhammad Abd Wahab
|