Sempadan Sebenar Bumi Melayu dan Siam
Tidak ramai yang tahu di dalam wilayah Ranong
(Rundung), Thailand, terdapat sebuah Batu Tanda
yang amat penting kerana menyimpan satu lipatan
sejarah besar yang berkaitan dengan masyarakat
Melayu dan Siam di zaman silam. Batu Tanda
tersebut (sebagaimana gambar di atas) dinamakan
sebagai Ban Malayu di Thailand yang bermaksud
sempadan Melayu. Ia merupakan tempat yang paling
sempit antara bahagian timur dengan bahagian
barat Segenting Kera, iaitu kira-kira 45
kilometer sahaja. Soalannya, bagaimanakah tanda
sempadan Melayu ini boleh didirikan ratusan
kilometer daripada wilayah sempadan
Malaysia-Thailand pada hari ini?
Kejatuhan Kerajaan Sukothai dan digantikan dengan Kerajaan Ayutthaya terus membawa bencana apabila dasar perluasan kuasa terhadap Segenting Kra diteruskan oleh Raja-raja Ayutthaya. Antara Raja-raja Ayutthaya yang agresif membuat serangan terhadap negeri-negeri Melayu di Segenting Kra ialah Ramadhiraja, Naresuan, Maha Chakrapat, Prasat Thong, Narai dan Petra Raja. Peperangan yang paling terkenal antara Melayu dengan Siam semasa era Ayutthaya ini sudah tentu mengenai Sultan Muzaffar Syah (Raja Patani 1530-64) yang berjaya menewaskan tentera Siam di tempat sendiri dan menawan istana dan singgahsana Raja Maha Chakrapat (Raja Ayutthaya 1548-68). Dan diteruskan dengan peperangan antara Raja Ungu binti almarhum Sultan Mansur Syah (watak utama dalam filem Queen of Langkasuka) dengan Raja Prasat Thong. Ketika inilah meriam terbesar di Nusantara iaitu Sri Negara, Sri Patani dan Mahalela dibuat yang berakhir dengan kemenangan di pihak Melayu menewaskan armada Siam.
Akhirnya, kejatuhan Kerajaan Ayutthaya dan naiknya Raja Thaksin dan diikuti oleh Dinasti Chakri membawa petaka yang paling besar apabila satu demi satu negeri-negeri Melayu di Segenting Kera jatuh ke tangan Siam. Negeri terakhir yang jatuh ke tangan Siam adalah Patani yang dianggap sebagai kejayaan yang maha gemilang berdasarkan kepada tentangan hebat yang diterima oleh pihak Siam daripada negeri tersebut selama ini. Pertembungan antara Melayu dengan Siam berakhir pada tahun 1909 menerusi perjanjian berat sebelah yang hanya melibatkan pihak British dan Siam menerusi Anglo-Siamese Treaty yang membahagi-bahagikan semananjung Tanah Melayu sesuka hati mereka seumpama memotong-motong kek harijadi. Masyarakat Melayu-Patani di selatan daerah Legeh dan Reman bernasib baik apabila wilayah mereka dimasukkan sebagai sebahagian daripada Negeri Perak dan kini dikenali sebagai daerah Hulu Perak. Namun, malang bagi nasib masyarakat Melayu-Kelantan di daerah Tabal (Tak Bai) apabila mereka kini termasuk ke dalam wilayah Narathiwat, Thailand. Semenanjung Tanah Melayu terus mengecut apabila pada tahun 1965, akibat daripada kesilapan sendiri, pulau Singapura diserahkan untuk diperintah oleh puak Ultra-Kiasu menerusi pemerintahan Republik yang bersifat autokratik sehingga ke hari ini. Justeru itu, jika para pembaca ada melalui sempadan Malaysia-Thailand pada hari ini menerusi Bukit Kayu Hitam ataupun Sungai Golok, ingatlah sesungguhnya sempadan wilayah milik kita sebenarnya menganjur jauh hingga ke utara Segenting Kra pada masa dahulu. Untuk makluman lain, sila rujuk juga artikel lama : http://ibnurusydi.blogspot.com/2009/09/sempadan-sebenar-semenanjung-melaka.html
Rujukan : Dikutip dari Laman Blog ibnurusydi - webmaster sakan.
Sejarah Kita |
Buka Minda |
Polar
Light - Aurora |
Muka Depan |