::. Sejarah Syeikh Muhammad Abdul Wahab & Dakwahnya

 
Kertas kerja ini telah dibentangkan pada 10 Julai 1994,
di Wacana Tokoh-Tokoh Mujaddid Islam
di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.
oleh Tuan Guru Abdul Qadir Al-Mandeely
(Guru di Masjidil Al-Haram Mekkah Al-Mukarramah)
Pendahuluan

 
Meskipun ilmu pengetahuan telah tersebar luas dikalangan masyarakat Islam dan fikiran umat Islam telah terbuka, namun tidak dapat dinafikan bahawa kesamaran serta syubhat ke atas Syiekh Muhammad Abdul Wahab (SMAW) masih lagi bersarang di dalam fikiran sesetengah umat Islam. Mereka terkeliru dengan dusta-dusta dan fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh orang-orang yang mempunyai tujuan tertentu ke atas SMAW.

Kekaburan itu menjadi bertambah kelam apabila cerita-cerita sebenar mengenai SMAW tidak sampai kepada mereka dan ketidakmampuan mereka dalam menilai sesuatu syubhat itu dengan berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Mereka dimomokkan dengan fitnah-fitnah yang menakutkan tentang SMAW sedangkan beliau telah bertungkus lumus di dalam memperjuangkan Aqidah yang sahih, syariat yang sejahtera dan akhlak yang mulia dengan membersihkannya daripada perkara perkara bid’ah dan kurafat yang mencarikkan kesucian Islam itu sendiri.

Keadaan mereka menjadi bertambah parah dengan sebab sikap ta’sub dan taqlid buta mereka. Lantas sikap toleransi dan berfikiran terbuka tidak wujud pada diri mereka bagi mendengar serta meneliti kebenaran perjuangan dakwah SMAW. Maka terjadilah segala fitnah fitnah dan syubhat mengenai SMAW itu seperti fatamorgana yang beralun alun di padang pasir tatkala panas terik sedangkan apabila dihampirinya tidak ada satu apa pun yang didapatinya.

Andaikata seseorang itu mempunyai akal yang bersih daripada syubhat syubhat tersebut serta cintakan kebenaran nescaya beliau akan mendapati bahawa tuduhan terhadap SMAW itu adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Oleh itu kita berharap kepada saudara saudara sekalian agar berfikiran terbuka, bebas daripada bersikap jumud dan permusuhan, sentiasa berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah di dalam meneliti perbahasan bab ini serta sentiasa mempunyai sikap ingin tahukan kebenaran.

Kertas kerja ini adalah langkah asas bagi memperkenalkan kepada masyarakat Islam tentang SMAW dan dakwahnya serta sekaligus menghapuskan fitnah fitnah terhadapnya.

Di dalam kertas kerja ini juga kita akan membicarakan syubhat dan fitnah yang dilemparkan kepada beliau, dimana perbahasannya adalah berkisar disekitar tiga perkara. Dengan kata lain sekiranya kita meneliti terhadap fitnah fitnah itu hanya berlengkar sekitar tiga perkara, iaitu:-

Berkenaan Tauhid Uluhiyyah dan furu’nya seperti Istighatah, berdamping kepada yang selain daripada Allah, nazar, sembelih, bersumpah dengan makhluk dan sebagainya. Berkenaan Tauhid Al Asma’ was Sifaat. Ingkarnya terhadap bi’aah bi’aah mauled, tarikat sufiah dan adat adat yang diada adakan yang menghina agama Islam itu sendiri.

MOHAMMAD ABDUL QADEER ALMANDEELY
Pejabat Am Hal Ehwal Agama Dan Masjid Al Haram
Makkah Al Mukaramah.
10 Julai 1994

Sejarah Ringkas Syeikh Muhammad Abd Wahab