|
Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan
oleh sekelian muslimin-muslimat ialah :
1. Solat Tahajjud
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam.
Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3
atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara
fadhilatnya :
- Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan
kesan ketaatan di wajahnya.
- Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org
mukmin.
- Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
- Dimudahkan hisab ke atasnya.
- Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari
waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai
sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu
pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)
2. Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit
Matahari
Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya
membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala
bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran
sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan
bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan
Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang
bermaksud :
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi
petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita
Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal
soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)
3. Jangan Tinggalkan Masjid
Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala
orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira
pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala
berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para
sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya,
kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat
kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah,
untuk membakar rumah mereka dengan api."
4. Solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh
Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak
kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan
dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari
sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir.
Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas
tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu
sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu
sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan
mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari
dan Muslim)
5. Sedekah
Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk
diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang
ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan
gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah
yang bermaksud :
“Dan jangan sekali-kali orang-orang
Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada
mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik
bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan
(diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak.
dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi.
dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang
kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan,
maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang
kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)
6.
Jaga Wudhuk Terus Menerus
wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil.
Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali
bin Abu Thalib :
"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa
ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh
malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
7. Istighfar Setiap Masa
Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan
kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan
mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Allah tidak sekali-kali akan
menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka;
dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta
ampun).” (Al-Anfal : 33)
|